Gambar

10 Mei 2026 | Kembara Bakti Kepimpinan Dan Pembangunan Bakat FAMA Negeri Kedah 2026 | Kedah

Program Kembara Bakti Kepimpinan dan Pembangunan Bakat FAMA Negeri Kedah 2026 telah diadakan dengan pengisian sesi bicarawara bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA yang dikendalikan oleh Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli, Pengarah FAMA Negeri Kedah.

Sesi perkongsian ini memberi penekanan kepada aspek kepimpinan berintegriti, pembangunan bakat serta pengukuhan budaya kerja profesional dalam kalangan warga FAMA bagi mendepani cabaran sektor agromakanan yang semakin dinamik.

Turut hadir Encik Shabuddin bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia FAMA, Encik Nor Badlishah bin Ahmad Shahrin, Pengarah Cawangan Korporat dan Advokasi FAMA Ibu Pejabat serta pegawai-pegawai FAMA dari Ibu Pejabat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkukuh pembangunan modal insan dan kepimpinan organisasi.