Gambar

10 Jun 2025 | Program Sambutan Ibadah Korban Peringkat Ibu Pejabat FAMA Bagi Tahun 1446H/2025M | Perkarangan Parkir Tingkat 3, Ibu Pejabat FAMA
FAMA berpeluang melaksanakan Program Sambutan Ibadah Korban Peringkat Ibu Pejabat FAMA bagi tahun 1446H / 2025M. Setiap tahun, program ini menjadi satu titik pertemuan bukan hanya untuk menunaikan ibadah tetapi untuk menyemai nilai keprihatinan dan silaturrahim dalam kalangan warga kerja.
Saya amat menghargai komitmen semua warga FAMA yang menjayakan program ini dari peringkat perancangan, penyembelihan, penyediaan, hinggalah kepada pengagihan daging korban kepada mereka yang berhak. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, membawa erti yang besar dalam menzahirkan semangat kebersamaan.
Semoga ibadah kita diterima, pengorbanan kita diberkati, dan FAMA terus maju sebagai sebuah organisasi yang bukan sahaja cekap dan profesional tetapi juga sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan.