Gambar

10 Julai 2025 | Program Penilaian Potensi (PPP) 2025 | Dewan Bunga Raya , Ibu Pejabat FAMA
Program Penilaian Potensi (PPP) dianjurkan sebagai platform penting untuk menilai kesediaan dan keupayaan pegawai-pegawai FAMA dalam menyandang jawatan lebih tinggi pada masa hadapan. Berlangsung selama satu hari, program ini telah melibatkan seramai 20 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan & Profesional yang telah disahkan jawatan dan belum lagi mengikuti sesi PPP sebelum ini.
Menariknya, program ini mula dilaksanakan sejak tahun 2019 (dahulunya dikenali sebagai Program Penilaian Kenaikan Pangkat) dan kali terakhir diadakan pada Januari 2024. PPP merupakan syarat tambahan yang diwajibkan untuk urusan kenaikan pangkat bagi pegawai kumpulan ini, sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah FAMA Kali Ke-264, Bil. 7/2019.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Turut hadir, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) dan YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi).