10 April 2023 (Isnin) | Dewan DZA, Ibu Pejabat FAMA | SIRI KEDUA KERJASAMA STRATEGIK FAMA & BANK RAKYAT MENERUSI SEMARAK RAMADAN FAMA TAHUN 2023
Gambar
Program Semarak Ramadan yang menjadi aktiviti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) saban tahun sejak 2017 akan menjelajah ke 29 lokasi seluruh negara pada tahun ini. Dengan sasaran lokaliti luar bandar, program ini diharap dapat mendekatkan pihak FAMA bersama golongan sasar di samping dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti kebajikan bersama komuniti setempat.
Pada hari ini, bertempat di Ibu Pejabat FAMA telah berlangsung pelancaran program yang disempurnakan oleh Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA bersama Encik Nizam Sani, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat.
Sempena bulan Ramadan 1444H/2023, Bank Rakyat bersama lagi bagi tahun ke dua untuk menjayakan program jelajah Ramadan FAMA dan menyalurkan sumbangan berjumlah RM600 ribu kepada pihak FAMA dalam bentuk kit kebajikan makanan untuk disumbangkan kepada hampir 4,000 orang yang terdiri daripada golongan asnaf di seluruh negara.
Turut hadir, Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan Dato’ Abdul Ghariff bin Ramin, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn Bhd.