Gambar

1 November 2026 | Lawatan Kerja Ketua Pengarah FAMA Ke Agrobazaar GBBS Tawau dam Pasar Tani Sabindo | Tawau

YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, telah mengadakan lawatan kerja ke Agrobazaar Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) Tawau dan Pasar Tani Sabindo, Tawau bagi meninjau pelaksanaan operasi serta perkembangan aktiviti pemasaran hasil pertanian di lapangan.

Lawatan ini memberi peluang untuk melihat secara lebih dekat kemudahan pemasaran yang disediakan, di samping meninjau aktiviti jual beli serta peranan usahawan dalam memasarkan hasil pertanian tempatan kepada pengguna.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen FAMA dalam memperkukuh rangkaian pemasaran, menyokong pembangunan usahawan serta memastikan kemudahan pemasaran dimanfaatkan secara optimum.

Semoga inisiatif ini terus memperkasa sektor pemasaran agromakanan dan meningkatkan daya saing usahawan tempatan, khususnya di negeri Sabah.