Gambar

1 November 2023 | Rabu | Lawatan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam ke kiosk jualan Jambu Melaka | AEON Mall Ayer Keroh
Sekitar lawatan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam ke kiosk jualan Jambu Melaka kelolaan FAMA Negeri Melaka, sempena majlis perasmian pasaraya AEON Mall Ayer Keroh. 
Jambu Melaka atau lebih dikenali sebagai Jambu Lohan (GU16) merupakan produk hasil pertanian petani di Negeri Melaka dan telah diiktiraf sebagai salah satu signature product sempena Tahun Melawat Melaka 2024.