Gambar

1 Mei 2022 | Ahad | Pelancaran Semarak Syawal Pasar Tani Peringkat Negeri Pulau Pinang @ Balik Pulau - Menambahkan lagi kegembiraan rakyat menyambut Aidilfitri tahun ini, pelbagai produk istimewa sempena hari raya ditawarkan di pasar tani Balik Pulau dengan diskaun dan promosi hebat.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh  YB  Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Hussain, Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Negeri Pulau Pinang bersama YB Hj Mohd Tuah bin Ismail, Adun Pulau Betong, Encik Suhairi Arumugam bin Abdullah, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut serta Encik Mohd Azraie bin Ramli Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang
Turut diadakan dalam program pelancaran pada hari ini sumbangan bantuan serta duit raya kepada asnaf, penyerahan insentif bantuan kepada usahawan serta edaran produk IAT kepada pengunjung yang hadir
FAMA juga menawarkan jualan barangan secara atas talian melalui Portal Agrobazaar Online