Gambar

1 Mac 2023 (Rabu) | Perkarangan Wisma Tani, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Putrajaya

Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) FAMA Negeri Selangor @ KPKM dengan kerjasama Puspanita KPKM diadakan pada hari ini (1 Mac 2023) untuk memberi akses luang pasaran tambahan kepada usahawan bagi membekalkan produk agromakanan serta bekalan sayuran segar terus dari ladang.

JTDL yang diadakan memberi manfaat kepada pengunjung pada hari ini dengan ketersediaan bekalan sayur segar yang dibekalkan sepanjang program JTDL.

YBhg Datin Seri Normah Binti Alwi, Penaung Puspanita KPKM bersama YBhg. Datin Wan Razanawani Binti Wan Zakaria, Pengerusi Puspanita KPKM bersama-sama menyempurnakan jualan promosi Happy Hour Sayur JTDL.

Turut hadir Timbalan Pengarah FAMA Negeri Selangor yang Mewakili Pengarah FAMA Negeri Selangor.