1 Julai 2026 | Sorotan Bengkel Keusahawanan “Affiliate Marketing” & Hari Keusahawanan Puspanita KPKM 2026
Gambar
Bengkel Keusahawanan “Affiliate Marketing” & Hari Keusahawanan PUSPANITA KPKM Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform memperkasa pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan ahli PUSPANITA, khususnya dalam bidang pemasaran digital, di samping membuka peluang menjana pendapatan melalui platform e-dagang.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Noor Laili binti Hamzah, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPKM, manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Salina binti Nawi, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil FAMA.
Turut hadir memeriahkan program adalah YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti Bengkel Keusahawanan “Affiliate Marketing” yang memberi pendedahan mengenai penggunaan TikTok Affiliate, penyediaan akaun dan penggunaan tools TikTok, teknik pemilihan produk berpotensi, penghasilan kandungan video yang kreatif, teknik Live Affiliate, serta strategi menjana pendapatan secara konsisten melalui platform digital.
Program turut dimeriahkan dengan Hari Keusahawanan PUSPANITA KPKM yang menampilkan pelbagai reruai jualan usahawan, sesi walkabout, demonstrasi penyediaan salad buah-buahan tempatan oleh YBhg. Datin Seri Noor Laili binti Hamzah, serta penyampaian Hadiah Anugerah Booth Jualan Tercantik kepada para pemenang.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PUSPANITA KPKM dan PUSPANITA FAMA dalam memperkasa budaya keusahawanan, meningkatkan literasi pemasaran digital serta menggalakkan penglibatan aktif ahli dalam memperluaskan jaringan perniagaan dan memperkukuh ekonomi keluarga melalui peluang keusahawanan yang lebih berdaya saing.