Gambar

1 Julai 2025 | Lawatan Kerja Puspanita Fama Ke Pusat Memproses Makanan FAMA (Kilang Kopi) Dan Premis Usahawan Di Banting, Selangor
PUSPANITA FAMA telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Memproses Makanan FAMA (Kilang Kopi) serta beberapa premis usahawan bimbingan FAMA di sekitar Banting, Selangor pada 1 Julai 2025.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada ahli-ahli PUSPANITA mengenai operasi dan pengurusan kilang usahawan bimbingan FAMA, di samping memahami peranan FAMA dalam merangka dan melaksanakan pembangunan keusahawanan tempatan secara menyeluruh.
Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan terutamanya dalam sektor agromakanan, melalui perkongsian pengalaman dan kejayaan usahawan wanita tempatan.
Program ini juga membuka ruang kepada PUSPANITA FAMA untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan usahawan serta meninjau sendiri impak sokongan agensi terhadap pertumbuhan dan pencapaian usahawan di peringkat akar umbi.
Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua ahli untuk terus menyokong agenda pemerkasaan ekonomi wanita melalui bidang keusahawanan.