Gambar

31 Januari 2023 | 12.00 tengahari | Pusat Operasi FAMA Kuala Terengganu | Khidmat Pemasaran Pembekalan Pisang dan Tembikai kepada usahawan dan pemborong melibatkan MyFarm Outlet ( MFO ).

Pembekalan pisang dan tembikai diperolehi daripada Pusat Operasi FAMA Kuantan, Pahang dengan kapasiti 2 hingga 3 mt setiap minggu bagi Pisang Berangan dan Pisang Nangka manakala 5 mt bg Tembikai. Usahasama antara Pusat Operasi FAMA ini dilakukan bagi membantu agihan dan pemasaran melibatkan pengeluaran Negeri Pengeluar untuk komoditi tersebut.

Khidmat pemasaran ini dilakukan bagi menampung permintaan dan penawaran harga kepada pemborong pisang dan tembikai di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang sekaligus dapat menawarkan harga berpatutan dan kualiti yg lebih baik terus kepada pengguna.