Gambar

09 Jun 2021 | Rabu | Bera, Pahang - Industri penanaman Pisang antara komoditi pilihan petani di Malaysia. Dari Pisang Berangan hinggalah Pisang Tanduk, kesemuanya mempunyai segmentasi pasaran tersendiri. Keseimbangan permintaan pasaran dan penawaran dalam setiap penanaman perlu dititik beratkan agar ia tidak berlaku lebihan di pasaran tempatan mahupun luar.
Hari ini team FAMA Daerah Bera telah  mengaturkan pasaran bagi Pisang Tanduk dan Pisang Nangka melalui usahawan Industri Makanan untuk pemprosesan dijadikan Kerepek. Hampir 500 kilogram Pisang Nangka di ladang Mr. Liaw Chuan Weng di Kemayan telah dipasarkan. Manakala melebihi 200kg Pisang Tanduk pula telah diambil dari ladang Mr. Selvam di Felda Mengkarak.