05 Mac 2023 | Ahad | Pasar Tani Kekal Puchong Program Mesra Pelanggan Dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) @ Pasar Tani Kekal (PTK) Puchong
Gambar
Program Mesra Pelanggan Dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) @ Pasar Tani Kekal (PTK) Puchong
YBrs. Puan Aiada Binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor Telah Mengadakan Lawatan Kerja Di Program Mesra Pelanggan Dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) @ PTK Puchong. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti :
i. Promosi Jualan Oleh Usahawan
ii. Pembukaan Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak
iii. Edaran Kupon Promosi Untuk Komoditi Utama
iv. Jualan Kombo Madani JTDL
v. Edaran Bubur Lambuk (500 Pek) kepada para pengunjung (Diselaraskan oleh AJK PTK Puchong)
Objektif penganjuran program ini adalah membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian disamping menawarkan penjimatan kepada khususnya penduduk di sekitar daerah Petaling serta mengekalkan silaturrahim diantara FAMA dan para pengunjung sekitar.
JTDL merupakan platform dalam menyediakan ketersediaan dan akses kepada para pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan dan seterusnya memberi luang pasaran kepada para usahawan.
“JIKA TERGANGGU KAMI ADA”