Gambar

03 Disember 2021 | Jumaat | Pusat Rujukan Hasil Pertanian Berteknologi Sabak Bernam Pada hari ini, Pusat Rujukan Hasil Pertanian Berteknologi Sabak Bernam yang bertempat di Pusat Operasi Sabak Bernam telah membuat proses penuaian halia bentong yang diusahakan oleh Encik Amir Azhar Bin Othman, Usahawan Ladang Kontrak FAMA.
Sebanyak 1000 polibeg Pokok Halia Bentong telah ditanam bermula Ogos 2021. Hasil tuaian hari ini adalah sebanyak 2 metrik tan yang berjumlah RM29,600. 
Dijangka penanaman semula Pokok Halia Bentong untuk pusingan kedua adalah pada pertengahan Disember 2021.