Gambar

02 NOV 2021 (SELASA) | 10.30 PAGI | PELABUHAN BATU MAUNG PULAU PINANG | PERBEKALAN STOK MAKANAN KEPADA VESSEL TUNA Program Perbekalan Stok Bekalan Makanan kepada Vessel Tuna (IBU WIRA 1 dan IBU WIRA 2) yang melibatkan perbekalan sayur-sayuran daripada peserta Ladang Kontrak, Usahawan IAT, Bekalan Ayam Super NAFAS serta lain-lain keperluan dengan anggaran RM35,000 bagi setiap perbekalan.
Kerjasama ini merupakan yang pertama kali diadakan diantara FAMA melalui anak syarikatnya FAMACorp Bukit Mertajam dengan Konsortium AORB. Aktiviti perbekalan ini akan berterusan dengan melibatkan 12 vessel sepanjang tahun.
Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA dan Dato' Ricky Pua Woon Kee, Group CEO,  Alpha Ocean Resources Berhad (AORB). Turut hadir, YBrs. Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.