Gambar

01 Jun 2021 | Selasa | Kg. Tebu Hitam - Musim roselle telah bermula. Pokok yang telah disemai dan ditanam 3 bulan yang lalu telah mula mengeluarkan hasil. Sebagai permulaan, pada hari ini sebanyak 235.50 kg Roselle yang melibatkan seramai 09 peserta telah di tuai untuk di pasarkan oleh pihak FAMA. Khidmat pemasaran roselle ini akan di laksanakan dua kali seminggu sehingga musim roselle di daerah Rompin berakhir.