1. Menyelaras hasil pertanian antara pengeluar dan pemasar bagi memastikan kesinambungan bekalan dan permintaan pasaran.

2. Melaksana program pembangunan rantaian pemasaran hasil pertanian yang terancang dan bersepadu.

3. Memperkukuh rangkaian kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, sektor swasta serta rakan strategik bagi memperluaskan akses pasaran.

4. Membangunkan inisiatif pengeluar dan pemasaran yang dapat meningkatkan daya saing serta nilai tambah hasil pertanian.

5. Menyediakan platform dan kemudahan pemasaran bagi membantu pengeluar memasarkan hasil pertanian secara lebih sistematik dan berkesan.