Fungsi Bahagian
info bahagian
- Cawangan Korporat & Advokasi
- Bahagian Audit Dalam
- Unit Integriti
- Unit Undang-Undang
- FAMACORP
- Bahagian Pemasaran Segar & Intervensi
- Bahagian Pasaran Produk Proses
- Bahagian Padanan Bekalan
- Bahagian Institusi Pasaran
- Bahagian Keusahawanan Pemasar
- Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
- Risikan & Permodenan Pasaran
- Bahagian Regulasi Pasaran
- Bahagian Galakan Pasaran & Kepenggunaan
- Bahagian Pasaran Antarabangsa
- Bahagian Kewangan
- Bahagian Pentadbiran
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Kejuruteraan
- Bahagian Perkhidmatan Digital
Navigation
bahagian pengurusan sumber manusia
1. Merancang dan mengurus perkhidmatan sumber manusia merangkumi pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran, penamatan perkhidmatan serta urusan persaraan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
2. Melaksanakan perancangan sumber manusia strategik bagi memastikan keperluan tenaga kerja FAMA mencukupi, kompeten dan bersesuaian dengan keperluan organisasi.
3. Mengurus pembangunan modal insan dan latihan termasuk perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program latihan, pembangunan bakat serta peningkatan kompetensi kakitangan.
4. Mengendalikan pengurusan prestasi kakitangan secara sistematik bagi menyokong pencapaian sasaran organisasi dan kecemerlangan perkhidmatan.
5. Mengurus kebajikan, disiplin dan tatatertib kakitangan demi memastikan kesejahteraan warga kerja serta pematuhan kepada nilai, etika dan integriti perkhidmatan.
6. Memastikan pematuhan kepada dasar, pekeliling dan undang-undang berkaitan sumber manusia serta memperkukuh tadbir urus dan akauntabiliti pengurusan.
7. Menyelaras pengurusan rekod dan fail perkhidmatan kakitangan secara teratur, selamat dan sistematik mengikut garis panduan yang ditetapkan.
8. Menyokong agenda transformasi dan pendigitalan FAMA melalui penambahbaikan sistem, proses kerja dan inovasi perkhidmatan sumber manusia.
9. Memberi khidmat nasihat dan sokongan strategik kepada pengurusan dan bahagian lain berkaitan hal ehwal sumber manusia.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.