Fungsi Bahagian
info bahagian
- Cawangan Korporat & Advokasi
- Bahagian Audit Dalam
- Unit Integriti
- Unit Undang-Undang
- FAMACORP
- Bahagian Pemasaran Segar & Intervensi
- Bahagian Pasaran Produk Proses
- Bahagian Padanan Bekalan
- Bahagian Institusi Pasaran
- Bahagian Keusahawanan Pemasar
- Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
- Risikan & Permodenan Pasaran
- Bahagian Regulasi Pasaran
- Bahagian Galakan Pasaran & Kepenggunaan
- Bahagian Pasaran Antarabangsa
- Bahagian Kewangan
- Bahagian Pentadbiran
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Kejuruteraan
- Bahagian Perkhidmatan Digital
Navigation
bahagian Keusahawanan Pemasar
Bahagian Keusahawanan Pemasar berfungsi berasaskan empat (4) objektif utama seperti berikut:
OBJEKTIF 1: MEMBANGUNKAN KEUPAYAAN DAN KOMPETENSI USAHAWAN
Fungsi 1: Pembangunan Usahawan Berkemahiran Tinggi:
- Melahirkan usahawan agromakanan yang kompeten dan dinamik serta berdaya saing.
Fungsi 2: Melahirkan Tenaga Pakar Dalaman dan Luaran:
- Melahirkan tenaga pengajar berkemahiran dalam sektor agromakanan bagi memperkasa penyampaian modul latihan.
Fungsi 3: TVET Pemasaran Agromakanan
- Ke arah menjadikan Institusi Latihan FAMA Kota Bahru (ILFKB) sebagai 'Center of Excellence' dalam pembangunan modal insan dan penyediaan fasiliti latihan berkualiti.
OBJEKTIF 2: TRANSFORMASI KAEDAH PEMASARAN DAN PEMBELAJARAN
Fungsi 4: Pendigitalan dan Inovasi Teknologi
- Memperkasa usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi bagi meningkatkan daya saing dalam ekonomi moden.
Fungsi 5: Pembangunan Modul dan Bahan Pembelajaran
- Membangunkan modul latihan secara komprehensif berdasarkan keperluan semasa industri agromakanan.
- Menghasilkan bahan pendidikan interaktif dalam bentuk video melalui platform FAMA Education Channel untuk pembelajaran kendiri dan berterusan.
OBJEKTIF 3: PENINGKATAN KEUPAYAAN PASARAN
Fungsi 6: Pemasaran Agromakanan
- Meningkatkan keupayaan usahawan dalam memastikan kualiti hasil agromakanan kekal optimum, meminimumkan kerosakan sepanjang rantaian bekalan dan mematuhi standard keselamatan makanan.
Fungsi 7: Peluasan Pasaran dan Pensijilan
- Membantu usahawan menembusi pasaran antarabangsa dengan memenuhi keperluan pensijilan.
Fungsi 8: Khidmat Nasihat dan Pemantauan
- Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan yang berterusan untuk membantu usahawan dalam mengoptimumkan operasi perniagaan, meningkatkan pemasaran dan mengekalkan daya saing dalam industri agromakanan.
Fungsi 9: Pembangunan Kerjasama Strategik & Ekosistem
Keusahawanan
- Merancang dan melaksanakan kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pemain industri dan agensi berkaitan bagi penyediaan latihan, kemudahan pembiayaan, akses pasaran serta sokongan ekosistem keusahawanan agromakanan.
OBJEKTIF 4: PENGUKUHAN EKOSISTEM PEMASARAN DIGITAL AGROMAKANAN
Fungsi 10: Perkhidmatan Pemasaran Digital Agrobazaar Online:
- Merangkumi pelaksanaan promosi dan kempen pemasaran Agrobazaar Online secara digital dan fizikal, pengurusan jualan serta program khas, pembangunan usahawan digital dan penyelarasan kerjasama strategik bersama agensi serta pihak swasta bagi memperkukuh ekosistem pemasaran digital agromakanan.