CAWANGAN PENGURUSAN ASET DAN FASILITI

  1. Unit Pengurusan Aset
    Merangkumi pengurusan Aset Alih dan Aset Tak Alih FAMA yang tertakluk kepada pekeliling kerajaan yang berkuat kuasa.
     
    1. Pengurusan Aset Alih
      • Menyediakan peralatan dan kelangkapan pejabat kepada Kakitangan FAMA.
      • Menyediakan perkhidmatan tenaga kerja bagi kerja-kerja perpindahan, pelupusan dan penyimpanan.
      • Menguruskan pelupusan Aset Alih dan Kenderaan FAMA.
      • Menguruskan dan menyelaras pembayaran sewaan mesin photostat dan mesin penapis air.
      • Melaksanakan proses pendaftaran, penerimaan dan pelupusan aset secara digital menggunakan Sistem Pengurusan Aset (SPA)
         
    2. Pengurusan Aset Tak Alih 
      • Menguruskan Perkhidmatan Perlindungan Insurans beserta tuntutan Insurans terhadap Aset Tak Alih FAMA (Bangunan milik FAMA yang tidak disewakan).
      • Menguruskan hal-hal berkaitan sewaan premis FAMA.
      • Menguruskan penyimpanan dokumen dan rekod hartanah FAMA.
      • Menguruskan pelupusan Aset Tak Alih FAMA.
      • Menguruskan hal-hal perundingan dan konsultansi berkaitan hartanah FAMA.
      • Memantau pembayaran cukai (tanah, bantuan kadar dan taksiran/pintu).
         
  2. Unit Pengurusan Fasiliti
    • Melaksanakan aktiviti penyelenggaraan iaitu memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan termasuklah kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan (sivil, elektrik, air dan mekanikal) dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan kualiti bangunan serta selamat digunakan.
    • Melaksanakan kerja/projek menaik taraf dan ubahsuai bangunan dan fasiliti sesuai dengan kehendak serta keperluan pengguna. 
    • Mengkoordinasi berbagai sumber, mengawal, menyelia, merancang dan memastikan semua fasiliti FAMA sentiasa berada dalam keadaan terurus, memenuhi peraturan dan akta yang ditetapkan serta selamat digunakan.
    • Melaksana dan memantau pematuhan akta, peraturan dan prosedur berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebersihan.
       

UNIT BAJET DAN PENGURUSAN BAYARAN
Bertanggungjawab merancang perbelanjaan peruntukan wang mengurus yang disalurkan oleh Kerajaan. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab mengagihkan peruntukan Ibu Pejabat dan Waran Negeri yang telah diluluskan melalui FAMA Integrated System (Sistem FIS).