• Mengurus terimaan & pembayaran bil-bil dan bayaran gaji bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

  • Menimbang & meluluskan permohonan pinjaman/ pembiayaan kenderaan, pembiayaan komputer, pendahuluan diri, elaun pakaian panas/ elaun pakaian Luar Negeri & pesanan tempatan.

  • Memastikan Akaun Mengurus, Pembangunan, Akaun Urusniaga dan Akaun Kumpulan Wang Pembangunan Usahawan di bawah FAMA diselenggara mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan.

  • Melaksanakan mekanisma kawalan kewangan & perbelanjaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Ibu Pejabat & Kementerian setiap suku tahun. Januari, April, Julai, Oktober.

  • Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat Ibu Pejabat pada setiap suku tahun Januari, April, Julai, Oktober.

  • Mengemukakan laporan JPKA setiap suku tahun ke Perbendaharaan Januari, April, Julai, Oktober.

  • Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan pertanyaan Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara termasuk pertanyaan Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam.

  • Mengurus urusan perolehan Ibu Pejabat Kementerian dan menjadi urus setia Lembaga Perolehan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

  • Menyedia dan menguruskan Anggaran Belanjawan Tahunan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

  • Melaksanakan kawalan perbelanjaan peruntukan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

  • Menyelaras pembentangan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Badan-Badan Berkanun di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Malaysia (MAFI).

  • Mengurus laporan penyesuaian peruntukan Dana Khas di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).