Soalan 1: Bagaimana saya ingin menyertai Program Ladang Kontrak?
Jawapan: Borang Permohonan untuk menyertai Program Ladang Kontrak boleh di dapati melalui Pejabat Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang berhampiran seperti berikut :-

  • Jabatan Pertanian (DOA)
  • Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) / Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Sabah
  • Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak

Borang Permohonan juga boleh dimuat turun di sini. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar kemana-mana pejabat Jabatan dan Agensi yang telah tersenarai diatas.

Soalan 2: Bagaimana Program Ladang Kontrak boleh membantu para petani?
Jawapan: Program Ladang Kontrak dapat membantu petani melalui khidmat nasihat, jaminan pasaran dengan membuat belian terus dan pengaturan pasaran serta luang pasaran di outlet-outlet FAMA. 

Soalan 3: Apakah faedah menyertai Projek Ladang Kontrak?
Jawapan:

  • Petani:
    • Petani mendapat jaminan pasaran dan meningkatkan pendapatan ke atas produk yang dikeluarkan.
    • Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada jabatan dan agensi.
    • Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan.
    • Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.
       
  • ​​​​​​​Pembeli:
    • ​​​​​​​Mendapat belakan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran