Photos

5 Mac 2024 (Selasa) | Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 | Dewan Kampo, International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur.

Penyampaian anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Badrul Hisham Bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.
Majlis ini diadakan bagi menghargai pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai dan majlis ini juga mampu menggalakkan lagi penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha dalam mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti.
Pada tahun ini, jumlah keseluruhan penerima APC dan Jasamu Dikenang adalah seramai 326 penerima untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khidmat Setia, Anugerah Khas & juga para pegawai yang telah dan akan bersara pada tahun ini.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA & YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.