Photos

30 November 2023 | Khamis | 9.00 pagi | Pusat Pemprosesan Ayam segar | Kg. Dusun Nyior, Kemaman
Lawatan kerja YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA ke pusat Pemprosesan ayam segar milik Azam Lot Ten Sdn. Bhd di Kg. Dusun Nyior Chukai, Kemaman.
Syarikat ini telah diusahakan oleh En. Amzan bin Ibrahim hampir 30 tahun dengan pasaran ayam di sekitar Kemaman. 
Turut hadir bersama, YBrs. En. Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan), YBrs. En. Nukman bin Hashim, Pengarah FAMA Negeri Terengganu dan YBrs. En Azhar bin Jamaludin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran.