Photos

30 Januari 2024 - Ulangtahun Pasar Tani ke 39 Peringkat Negeri Johor
Sambutan Ulangtahun Pasar Tani ke 39 Peringkat Negeri Johor disempurnakan oleh YBrs. En Faidz Afizi bin Mohamed, Pengarah FAMA Negeri Johor.
Sambutan pada kali ini dimeriahkan juga dengan Jualan Agromadani dan Jualan Promosi (Happy Hour) iaitu kombo ayam dan telur untuk 100 pengunjung terawal. 

YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor,  Pengerusi Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap ADUN Kulai melalui wakil turut menyumbang tampungan harga istimewa bagi beberapa komoditi terpilih seperti ikan dan sayur - sayuran. 

Turut hadir Tuan Haji Hishamudin bin Samuri, Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tani Negeri Johor.