Photos

26 Januari 2024 - Program Jualan Agro MADANI Edisi KL
Istimewa pada penganjuran Jualan Agro MADANI pada hari ini adalah jualan barangan pertanian segar terpilih dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga jualan promosi Kombo MADANI- Ayam Seekor dan Sayur Berpakej pada harga RM10.00 sahaja, Kombo Beras Putih & Minyak Masak, Kombo Agromas, pengedaran kuih secara percuma kepada 200 orang pengunjung serta penampilan Istimewa Zarul Umbrella.

Gimik Pelancaran Program pada hari ini telah disempurnakan oleh YBrs.Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
Beliau juga telah membuat walkabout disekitar tapak program dan menyantuni peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung.

Turut hadir YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Encik Abdul Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA.