Photos

22 Januari 2024 - Pemeriksaan Kualiti Hasil Pertanian FAMA

Pemeriksaan Pematuhan (Audit) SRBRE (Self Regulated By Regulated Entities) @ Skim Atur Kendiri oleh Entities Terkawal Skim SRBRE membolehkan pihak pengeksport melaksanakan sendiri pengesahan gred untuk semua keluaran hasil pertanian yang hendak di eksport atas kredibiliti pengeksport yang diberikan oleh pihak FAMA.


Kelebihan SRBRE adalah memudahkan dan mempercepatkan proses eksport selain memperoleh kelulusan Sijil Perakuan Pematuhan Keluaran Pertanian yang Dieksport (CoC) secara automatik di dalam sistem e-sijil 3P.    

   
Berikut adalah perincian pemeriksaan tersebut.
Keluaran Pertanian : Belimbing 
Nama Syarikat : Up Up Fruit Sdn Bhd
Keputusan : Pengeksport mematuhi Peraturan GPL & SOP SRBRE yang telah ditetapkan. 
Status SRBRE dikekalkan.


Diharapkan dengan pematuhan Peraturan GPL ini memberikan kesan yang baik terhadap pasaran terutamanya dari segi keterjaminan kualiti.