Photos

21 Disember 2023 | Khamis | Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Fizikal FAMA Cadangan Projek Naiktaraf Pasar Tamu Sarikei oleh Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Malaysia | Sarikei, Sarawak
Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Fizikal FAMA Cadangan Projek Naiktaraf Pasar Tamu Sarikei oleh Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Malaysia. 
Rombongan telah disambut baik oleh wakil Majlis Daerah Sarikei (MDS), Puan Misiah Abu Seman, Timbalan Pengerusi Ahli Majlis (MDS), Encik Bobari Bilong Nelson, Jurutera dan Puan Lentina Maringgai, Bahagian Perkhidmatan Bandar serta Ahli-ahli Majlis MDS.
Seterusnya rombongan juga berkesempatan melawat ke Pejabat FAMA Bahagian Sarikei.
Turut bersama ialah Encik Meor Roslan bin Idris, Pengarah Kanan Kejuruteraan FAMA, Encik Muhamad Razis bin Samsu, Pengarah Kanan Pentadbiran FAMA dan Encik Ramli bin Mat Sani, Pengarah FAMA Negeri Sarawak.