Photos

20 SEPTEMBER 2022 | SABAK BERNAM | Kursus Teknikal Tanaman Jagung oleh FAMA Negeri Selangor
Telah dijalakan kursus TEKNIKAL TANAMAN JAGUNG oleh FAMA Negeri Selangor  di Dewan Haji Mardi, Parit 10 Sungai Leman, Sabak Bernam. Seramai 44 orang peserta telah menyertai kursus pada hari ini. YBrs En.Abd Kadir Bin Abd Wahab dari syarikat Kira Organic Farm dijemput sebagai moderator untuk kursus ini. Turut hadir, YBrs En.Abd Aziz Bin Abu Bakar Pegawai Fama Daerah Sabak Bernam. Objektif kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penanaman asas dan kualiti hasil jagung. Disamping itu, pihak FAMA telah memberi pengenalan Program Agropreneur Muda kepada peserta yang terlibat pada harini.