Photos

20 Disember 2023 | Rabu | Lawatan Kerja YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA ke outlet pemasaran FAMA, Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.
Agrobazaar ini diusahakan oleh En Wan Shafizan Bin Wan Nan telah menerima insentif daripada FAMA berbentuk naiktaraf kedai dan peralatan sejak tahun 2011 dan mencatatkan nilai jualan bulanan sebanyak RM 150,000.00.
Pengerusi FAMA turut meninjau program intervensi beras putih tempatan yang dibuat oleh FAMA serta perlaksanaan program Go Cashless @ Agrobazaar yang telah bermula pada September lalu.
Turut hadir, En Abd Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (O) FAMA dan En Mohd Sharizan Bin Mansor, Pengarah FAMA Negeri Perlis.