Photos

19 - 23 Februari 2024 | Gulfood Dubai 2024 | World Trade Centre, Dubai , United Arab Emirates (UAE)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi FAMA dan Agriculture Malaysia, Dubai mengambil bahagian di dalam pameran Gulfood 2024 Dubai, UAE dibawah Pavilion Malaysia kelolaan MATRADE.
Pameran yang disertai setiap tahun ini merupakan antara langkah Kementerian melalui FAMA untuk memperluas dan memperkukuhkan luang pasaran eskport bagi produk agromakanan negara. 
Gulfood merupakan pameran khusus bagi sektor makanan yang berjaya menarik lebih daripada 100 ribu pengunjung dari seluruh dunia sepanjang 4 hari ianya berlangsung.
Bagi edisi 2024 FAMA membawa 8 syarikat yang akan mempromosikan produk seperti pes masakan, buah-buahan tropika, makanan laut, biskut, minuman kopi pra campur, minuman tin, minuman sarang burung dan lain-lain lagi. Syarikat yang terlibat juga memiliki pensijilan seperti HACCP, GMP, MyGAP dan HALAL yang merupakan keperluan utama untuk menembusi pasaran eksport.
YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA turut menghadiri pemeran ini.