Photos

18 Disember 2023 | Isnin | 8.30 Malam | Majlis Perasmian Malam Pemasar FAMA Negeri Selangor 2023 | Shah Alam, Selangor
Malam Pemasar FAMA Negeri Selangor 2023 ini adalah anjuran Jawatankuasa Pasar Tani Peringkat Negeri Selangor-Putrajaya dengan kerjasama FAMA Negeri Selangor. Program ini melibatkan seramai lebih 600 orang usahawan FAMA Negeri Selangor dari semua projek.
Objektif penganjuran Malam Pemasar FAMA Negeri Selangor ini adalah:-
✅ Memberi penghargaan kepada pemasar yang berjaya
✅ Meraikan pemasar-pemasar yang telah selama ini memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda pemasaran hasil tani.
✅ Penyampaian amanat secara langsung daripada kepimpinan kepada para pemasar bimbingan FAMA Negeri Selangor
✅ Penyampaian hasrat dan harapan para pemasar di masa hadapan dalam beberapa perkara yang memerlukan sentuhan sokongan daripada pihak pimpinan
Antara aktiviti di Malam Pemasar FAMA Negeri Selangor 2023:-
✅ Penyampaian Anugerah Pemasar FAMA Negeri Selangor
✅ Penyampaian Anugerah Khidmat Amat Setia bagi peserta Pasar Tani yang telah berniaga lebih 30 tahun
✅ Persembahan Artis Jemputan- Is Projector Band dibawakan khas oleh Nasional.fm
✅ FB Live dari Nasional.fm & FAMA Negeri Selangor
✅ Persembahan Tarian Pelajar UITM Puncak Perdana
✅ Penyampaian Sijil Lantikan Kepada Semua Ahli Jawatankuasa Pasar Tani Negeri Selangor-Putrajaya
Di Majlis Ini Juga Diadakan Penyerahan Sumbangan Kutipan Tabung Amal Palestin Yang Dikutip Sepanjang Bulan November 2023 Di Semua Pasar Tani Negeri Selangor & Putrajaya Bernilai RM30,000 Kepada RTM Melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Kementerian Komunikasi.
Nasional.fm & RTM telah dipilih selaku Rakan Strategik Bagi Majlis Malam Pemasar FAMA Negeri Selangor 2023 ini.
Perasmian Majlis Ini Telah Disempurnakan Oleh YB Tuan Ir. Izham Bin Hashim, Exco Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor.
Turut Hadir YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Md. Shari Bin Saripan, Timbalan Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Aiada Binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor, YBrs. Puan Norhana Binti Abdul Majid, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor-Seksyen Sektoral Dan YBrs. Encik Zul Bin Ahamad, Pengerusi Pasar Tani Negeri Selangor-Putrajaya