Photos

13 Januari 2024 - Pelancaran Jualan Agro Madani Peringkat Negeri Sarawak

Istimewa pada penganjuran Jualan Agro Madani pada hari ini adalah jualan barangan pertanian segar terpilih dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga jualan promosi “Happy Hour’ Kombo Madani-Jualan Berpakej pada harga RM10.00 sahaja.


Pelancaran Program  pada hari ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA Malaysia di Medan Niaga Satok.
Beliau juga telah membuat walkabout disekitar Medan Niaga Satok dan menyantuni peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung.
Turut hadir Encik Isa bin Hamzah, Pengarah Kanan Pembangunan Institusi Pemasaran FAMA dan Encik Ramli bin Mat Sani, Pengarah FAMA Negeri sarawak.