Photos

1 Disember 2023 | Jumaat | Kunjungan Hormat MAIWP Dagang Sdn Bhd ke FAMA | Bilik Gerakan, FAMA Point
YBrs. Encik Abd Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA menerima kunjungan hormat daripada MAIWP Dagang Sdn Bhd yang diketuai oleh YBrs. Mohammed Rafi Bin Mohamed Ya’acob, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Turut sama YBrs. Encik Mohd Redzuan Bin Abd Razak, Pengurus Kanan MAIWP dan YBrs. Encik Mohd Al-Bakhtiar Bin Ahmad, Pegawai Kanan Pemasaran MAIWP.
MAIWP Dagang Sdn Bhd ditubuhkan pada 27 September 2011. Penubuhannya bermula dengan penubuhan Maiwp Mart adalah sebahagian daripada usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai salah satu medium perantaraan untuk usahawan asnaf memasarkan produk-produk mereka.
Kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi tujuan untuk bertukar pandangan serta membincangkan peranan dan kerjasama dua hala yang boleh dilaksanakan antara MAIWP dan FAMA bagi memperkukuhkan meningkatkan sektor agromakanan negara.
Turut hadir di dalam perbincangan ini melibatkan Pengurusan Kanan FAMA.