Photos

03 Januari 2024 - Lawatan Siasatan Penilaian Permohonan Perkhidmatan Geran PIB IMAT dan juga Bantuan Pembaikan Imej Produk (Bantuan Analisa dan pembungkusan)

Unit Khidmat Pemasaran (IMAT) FAMA Negeri Kelantan telah mengadakan Lawatan Siasatan Penilaian Permohonan Perkhidmatan Geran PIB IMAT dan juga Bantuan Pembaikan Imej Produk (Bantuan Analisa dan pembungkusan) bagi tahun 2024 di 3 premis berikut : 

  1. Irash Trading - Produk Muruku 
  2. Premis DKM Jaya Sdn Bhd - Pes Masakan 
  3. Murtabak Raja Lilian Kota Bharu - Makanan segera murtabak raja

Lawatan ini telah dinilai oleh Cik  Rashiha Binti  Mamat, Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kelantan (P & KP). FAMA terus komited membantu para usahawan dalam mengembangkan produk mereka.