Photos

01 Feb 2024 - Hannah Food & Beverages di Ayer Keroh

1 Februari 2024 | Khamis | Hannah Food & Baverages, Ayer Keroh

Pada hari ini lawatan kerja ke Negeri Melaka,  Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup meluangkan masa melawat  perusahaan makanan,  Hannah Food & Beverages di Ayer Keroh.

Syarikat ini mengusahakan produk roti kering pelbagai perisa seperti bawang putih keju, dalgona & karamel mentega. Selain dari jualan runcit di kedai, pasaraya dan stesen minyak, produk ini turut mendapat permintaan tinggi secara dalam talian melalui portal Agrobazaar Online.

Lawatan ini diiringi oleh YBrs Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs Encik Abd Rahmah bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, dan YBrs Encik Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.