Pengenalan
Projek Ladang Kontrak telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan, dengan menumpukan kepada sektor pertanian yang boleh dipergiatkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi. Program ini selaras dengan Teras Satu Misi Nasional iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi yang memberi penekanan kepada beberapa aspek pembangunan pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah melalui aktiviti seperti penggredan, pembungkusan dan perlabelan.

Tujuan program Ladang Kontrak  dilaksanakan adalah:

  • Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar
  • Mempergiatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran

Program Ladang Kontrak ini dilaksanakan secara bersepadu di antara jabatan & agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan:

  • Jabatan / Agensi Pengeluar:
    • Jabatan pertanian (DOA)
    • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
    • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
    • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah
    • Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak
       
  • Agensi Pemasar:
    • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
       
  • Agensi Khidmat Sokongan:
    • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
    • AGROBANK