Gambar

6 Oktober 2021 | Kementerian Pertahanan Malaysia | Majlis Penyerahan Sumbangan MAFI Prihatin Kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF)
Inisiatif MAFI Prihatin pada hari ini diteruskan dengan kerjasama dua Kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Sumbangan MAFI Prihatin sejumlah 10 metrik tan (MT) telah memberi manfaat kepada 1,500 orang petugas barisan hadapan MINDEF yang terdiri daripada orang warga awam MINDEF dan anggota ATM dari Markas ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kem Kementah, Kuala Lumpur.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan dan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan. 
Manfaat program ini turut memberi kesan positif dan manfaat kepada semua frontliners dan ini sedikit sebanyak mampu untuk menaikkan semangat dan usaha mereka untuk meneruskan perjuangan dalam memerangi wabak COVID-19 ini. 
Turut hadir ke program ini adalah YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Hj. Affendi Bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Dato' Sri Muez Bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI, YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat, YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut, YBhg Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara dan YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.
Secara keseluruhannya, sejak Januari hingga September yang lalu, seramai 117,033 penerima menerima manfaat telah direkodkan melalui Program MAFI Prihatin di lebih 500 lokasi seluruh negara melibatkan 10 buah jabatan dan agensi di bawahnya. Sehingga, 3 Oktober 2021, pelaksanaan MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja, telah memberi manfaat kepada 38,874 orang di 203 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 76.60 tan metrik makanan telah disalurkan.