Pengenalan GPL

JADUAL PERLAKSANAAN
Melihat kepada cabaran dan kekangan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan susulan, penguatkuasaan Peraturan 3P akan berjalan secara berperingkat bermula daripada penguatkuasaan pelabelan, pembungkusan dan seterusnya penggredan. Maklumat jadual penguatkuasaan Peraturan 3P adalah seperti berikut :

Liberalisasi perdagangan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain. Untuk memastikan pengeluar-pengeluar mampu bersaing dalam membekalkan hasil-hasil pertanian ke rantaian bekalan perdana di pasaran antarabangsa, pemakaian Peraturan 3P yang menekankan faktor penggredan, pembungkusan dan pelabelan akan memudahkan akses pasaran ke negara pengimport oleh kerana standard yang dibangunkan mengikuti garis panduan FAO/CODEX dan mematuhi syarat-syarat perjanjian WTO.

Ketelusan Pasaran Melalui Pemakaian Standard Malaysia

TAHAP PENGUATKUASAAN TEMPOH PENGUATKUASAAN
Dry Run Penguatkuasaan Tanpa Tindakan Undang-Undang Januari – Jun 2011
Penguatkuasaan Penanda Tag (Pelabelan) Julai – Disember 2011
Penguatkuasaan Pembungkusan Januari – Jun 2012
Penguatkuasaan Sepenuhnya 3P Julai – Disember 2012
   

Penguatkuasaan 3P di Sabah dan Sarawak adalah selepas setahun dikuatkuasakan di Semenanjung. Untuk komoditi bunga keratan dan orkid, pihak industri memohon tempoh pelaksanaan ditunda sehingga tahun 2012.

Pages: 1  2  3