AGROBAZAAR RAKYAT (ABR)

 

PENGENALAN AGROBAZAAR RAKYAT (ABR)
Agrobazaar Rakyat (ABR) merupakan premis perniagaan sedia ada milik usahawan yang dinaiktaraf berperanan sebagai satu platform menjual hasil-hasil pertanian secara terus dari sumber pengeluaran kepada pengguna di samping menjual barangan keperluan harian secara runcit pada harga yang berpatutan.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PENYERTAAN 
Syarat-syarat penyertaan di bawah projek Agrobazaar Rakyat adalah seperti berikut

  1. Pemohon individu yang telah mengusahakan perniagaan runcit sekurang-kurangnya setahun.
  2. Mempunyai premis perniagaan sendiri atau disewa secara sah dengan baki sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh sewaan. Salinan dokumen penyewaan premis wajib disertakan bersama borang permohonan.
  3. Menjalankan aktiviti menjual hasil-hasil pertanian segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan daging serta produk proses yang berasaskan kepada pertanian di samping mengusahakan perniagaan runcit.
  4. Mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang :-
    • Sijil Pendaftaran Syarikat - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali untuk pemohon di Negeri Sabah & Sarawak.
    • Lesen Perniagaan -  Pihak Berkuasa Tempatan (jika perlu)
       
  5. empunyai rekod jualan yang baik dengan nilai sekurang-kurangnya RM30,000 sebulan bagi tempoh 3 bulan terkini untuk pemohon dari Semenanjung Malaysia dan RM25,000 untuk Sabah dan Sarawak.

  6. Bersetuju mengubahsuai premis berdasarkan layout dan susun atur peragaan barangan jualan mengikut konsep Agrobazaar Rakyat (ABR). 

  7. Komoditi jualan terdiri daripada 40% berasaskan keluaran pertanian dan produk Industri Asas Tani keluaran tempatan serta salah satu daripada komponen produk barang kawalan (Beras & Tepung Gandum, Minyak Masak, Gula) dan 60% adalah lain-lain barangan keperluan harian pengguna.

INSENTIF PROJEK 
Insentif yang diberi kepada usahawan Agro Bazaar Kedai Rakyat adalah seperti:

  • Pemasangan papan tanda perniagaan dan papan tunjuk arah yang seragam. 

  • Mengecat semula premis di bahagian luar dan dalam premis perniagaan.

  • Menaiktaraf ruang jualan hasil-hasil pertanian seperti pemasangan lantai seramik, singki pembasuhan, meja pemotongan dan timbangan serta lain-lain keperluan yang berkaitan berdasarkan kepada Kelulusan.

  • Pinjaman peralatan rak-rak peragaan barangan seperti rak wall gondola, rak Island gondola, rak end gondola, palet, rak sayur-sayuran, set tong ikan lengkap dengan kerangka besi, freezer dan chiller. 

  • Pembekalan bahan-bahan promosi seperti bunting, flagline, plak peranan Agro Bazaar Kedai Rakyat dan lain-lain yang bersesuaian.

  • Kursus Keusahawanan Agrobazaar seperti Kursus Asas Perniagaan, Kejurujualan, Kewangan, Peragaan, Pengurusan stor dan lain-lain yang berkaitan.

 

TAMBAH BAIK PROJEK ABR SEDIA ADA 
Syarat-syarat permohonan bagi tambah baik di bawah Projek Agrobazaar Rakyat sedia ada adalah seperti berikut :-

  • Usahawan mengisi borang permohonan. Usahawan bersetuju dengan pengubahsuaian imej luar dan dalam premis kepada konsep Agrobazaar Rakyat.
  • Pemohon mestilah telah menyertai Projek Agrobazaar Rakyat sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Nilai jualan bulanan peserta melebihi RM 50,000 bagi tempoh 3 bulan terkini. 
  • Memberi kerjasama dan komitmen yang baik serta tidak mempunyai tunggakan hutang dengan FAMA.
  • Premis perniagaan adalah milik sendiri atau disewa dengan masih berbaki tempoh sewaan sekurang-kurangnya 1 tahun dari tarikh permohonan. Salinan dokumen sewaan perlu disertakan semasa membuat permohonan.
  • Naik taraf dan penambahbaikan yang dengan butiran seperti berikut:
    • Penggantian papan tanda Agrobazaar Rakyat
    • Naiktaraf ruang jualan produk basah
    • Naiktaraf imej projek 
    • Lain-lain kerja naiktaraf mengikut keperluan yang diluluskan.
       
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan tahun semasa.
  • Usahawan perlu menggunakan peruntukan sendiri sekiranya terdapat keperluan perbelanjaan melebihi siling peruntukan yang disediakan bagi kerja-kerja naik taraf premis.

Dikemaskini pada 04 September 2023

Pages: 1  2  3