AGROBAZAAR RAKYAT

SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat penyertaan di bawah projek AgroBazaar Rakyat adalah seperti berikut :-

  • Usahawan mestilah warganegara Malaysia berumur tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa mengemukakan permohonan.
    (*Untuk kategori – premis runcit milik Usahawan sahaja)
  • Pemohon individu yang telah mengusahakan perniagaan runcit sekurang-kurangnya setahun. Manakala bagi Premis Milik Agensi/ Pertubuhan/ Persatuan dibawah naungan Agensi MAFI diberi pengecualian.
  • Mempunyai premis perniagaan sendiri atau disewa secara sah dengan baki sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh sewaan. Salinan dokumen penyewaan premis wajib disertakan bersama borang permohonan.
  • Menjalankan aktiviti menjual hasil-hasil pertanian segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan daging serta produk Proses yang berasaskan kepada pertanian di samping mengusahakan perniagaan runcit.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang :-
    • Sijil Pendaftaran Syarikat - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    • Lesen Perniagaan -  Pihak Berkuasa Tempatan
    • Lesen-lesen/permit yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa mengikut komoditi perniagaan yang berkaitan.
       
  • Digalakkan menerima barangan yang dibekalkan oleh Agensi dibawah MAFI dan menjualnya pada harga yang telah ditetapkan dan dipersetujui.
  • Memiliki modal pusingan yang mencukupi dengan rekod jualan yang baik sekurang-kurangnya RM 30,000.00 pada setiap bulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM 25,000 untuk Sabah dan Sarawak.
  • Bekerjasama dengan Agensi pembimbing di bawah MAFI dan bersedia mematuhi peraturan sedia ada dan yang akan ditentukan
  • Wajib mengikuti kursus Keusahawanan Peruncitan yang dianjurkan oleh pihak Agensi Pembimbing
  • Membenarkan proses penilaian aset dan modal premis dijalankan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal yang dilantik.
  • Bersetuju mengubahsuai premis berdasarkan layout dan susun atur peragaan barangan jualan mengikut konsep AgroBazaar Rakyat.
     

CARA PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Agrobazaar Rakyat dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat FAMA Negeri atau Daerah berhampiran.
  • Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat FAMA Negeri atau Daerah atau dimuat turun dari laman web FAMA di www.fama.gov.my.
     

BILANGAN PROJEK AGROBAZAAR RAKYAT

 

BIL

Negeri

Bil. ABR  Terkumpul 2020

1

Johor

10

2

Kedah

10

3

Kelantan

11

4

Melaka

4

5

Negeri Sembilan

12

6

Pahang

11

7

Perak

14

8

Perlis

10

9

Pulau Pinang

10

10

Sabah

10

11

Sarawak

17

12

Selangor

2

13

Terengganu

13

14

Wilayah Persekutuan

4

JUMLAH

138

 

 

Dikemaskini pada 22 Oktober 2020