AGROBAZAAR R&R

 

PENGENALAN AGROBAZAAR REHAT & RAWAT (R&R)
Kompleks AgroBazaar Rehat & Rawat (R&R) merupakan sebuah premis milik FAMA atau disewa oleh FAMA yang tujuan utamanya adalah untuk berperanan sebagai pusat pemasaran dan promosi produk proses Industri Asas Tani (IAT) serta lain-lain hasil berasaskan pertanian.

Projek ini merupakan satu entiti outlet runcit yang dimiliki oleh FAMA berfungsi untuk menyediakan luang pasaran yang kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk Industri Asas Tani. Agrobazaar Rehat dan Rawat (R&R) berperanan sebagai 'one stop centre' dan 'flagship' kepada pengguna untuk mendapatkan produk-produk berasaskan pertanian di samping menawarkan restoran makanan sebagai pelengkap untuk tarikan pengunjung.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PENYERTAAN 
Syarat-syarat penyertaan di bawah projek Agrobazaar R&R adalah seperti berikut :-

  • Pemohon telah menjalankan perniagaan berasaskan produk-produk Industri Asas Tani (IAT), hasil pertanian segar, pengendalian makanan dan minuman, kraftangan serta lain-lain komoditi yang bersesuaian sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Memiliki modal yang mencukupi dan mempunyai rekod perniagaan yang baik.    
  • Mempunyai dokumen perniagaan yang sah di sisi undang-undang iaitu :
    • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
    • Lesen Perniagaan berkaitan
       
  • Usahawan berjaya tidak dibenarkan menyewa, memajak atau apa-apa bentuk perpindahan premis/gerai/lot/’push cart’ kepada pihak lain.
  • Usahawan hanya boleh menjual produk HALAL dan patuh syariah.
  • Usahawan berjaya wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menjalani latihan pengendali makanan, pemeriksaan kesihatan serta suntikan Kesihatan (Ty2).
     

Dikemaskini pada 04 September 2023

Pages: 1  2  3