Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)

 

PENGENALAN AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKR) 
Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) adalah premis perniagaan runcit milik usahawan sedia ada yang dinaiktaraf bagi berperanan membeli  dan menjual hasil-hasil pertanian keluaran masyarakat kampung selain daripada menjual barangan keperluan harian runcit pada harga berpatutan disamping  menampilkan imej kedai yang tersusun, kemas, menarik dan seragam di seluruh negara.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PENYERTAAN 
Syarat-syarat penyertaan di bawah projek Agrobazaar Kedai Rakyat adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon individu yang telah mengusahakan perniagaan runcit     sekurang- kurangnya setahun dan menjalankan aktiviti membeli     serta menjual hasil pertanian dan produk Industri Asas Tani orang-orang kampung.
  2. Pemohon-pemohon yang telah mengusahakan perniagaan runcit sekurang-kurangnya selama setahun dan menjalankan aktiviti membeli dan menjual hasil pertanian orang-orang kampung yang menjual secara berasingan mengikut komoditi ayam, ikan, daging, sejuk beku, IAT, buah, sayur dan runcit di premis yang sama.
  3. Mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang :-
    • Sijil Pendaftaran Syarikat - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali untuk pemohon di Negeri Sabah & Sarawak.
    • Lesen Perniagaan -  Pihak Berkuasa Tempatan (jika perlu)
       
  4. Mempunyai premis perniagaan milik sendiri atau premis disewa berbaki sekurang-kurangnya bagi tempoh 1 tahun semasa tarikh permohonan. Salinan dokumen penyewaan premis wajib disertakan bersama borang permohonan.
  5. Mempunyai rekod jualan yang baik dengan nilai sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan bagi tempoh 3 bulan terkini untuk pemohon dari Semenanjung Malaysia dan RM18,000 untuk Sabah dan Sarawak.
  6. Komoditi jualan terdiri daripada 30% berasaskan keluaran pertanian dan produk Industri Asas Tani keluaran tempatan serta salah satu daripada komponen produk barang kawalan (Beras & Tepung Gandum, Minyak Masak, Gula) dan 70% adalah lain-lain barangan keperluan harian pengguna.
  7. Usahawan bersetuju mengubahsuai premis sedia ada berdasarkan pelan dan susun atur peragaan barangan jualan mengikut konsep Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR).
  8.  Wajib bekerjasama dengan pihak FAMA untuk membeli dan menjual produk-produk yang dibekalkan atas persetujuan bersama bagi tujuan membantu masyarakat setempat dari masa ke semasa mengikut keperluan.
     

INSENTIF PROJEK 
Insentif yang diberi kepada usahawan Agrobazaar Kedai Rakyat adalah seperti:

  • Pemasangan papan tanda perniagaan dan papan tunjuk arah yang seragam.

  • Mengecat semula premis di bahagian luar dan dalam premis perniagaan.

  • Menaiktaraf ruang jualan hasil-hasil pertanian seperti pemasangan lantai seramik, singki pembasuhan, meja pemotongan dan timbangan serta lain-lain keperluan yang berkaitan berdasarkan kepada Kelulusan.

  • Pinjaman peralatan rak-rak peragaan barangan seperti rak wall gondola, rak Island gondola, rak end gondola, palet, rak sayur-sayuran, set tong ikan lengkap dengan kerangka besi, freezer dan chiller. 

  • Pembekalan bahan-bahan promosi seperti bunting, flagline, plak peranan  Agro Bazaar Kedai Rakyat dan lain-lain yang bersesuaian.

  • Kursus Keusahawanan Agrobazaar seperti kursus Asas Perniagaan, Kejurujualan, Kewangan, Peragaan, Pengurusan stor dan lain-lain yang berkaitan.

Dikemaskini pada 16 Ogos 2023

Pages: 1  2  3