Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)

SYARAT PERMOHONAN 
Syarat-syarat penyertaan di bawah projek Agro Bazaar adalah berikut :-

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  2. Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah mengepilkan kad pendaftaran OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  3. Pemohon telah menjalankan perniagaan berasaskan produk-produk Industri Asas Tani (IAT), hasil pertanian segar, pengendalian makanan dan minuman, kraftangan serta lain-lain komoditi yang bersesuaian sekurang-kurangnya 1 tahun.
  4. Memiliki modal yang mencukupi dan mempunyai rekod perniagaan yang baik.
  5. Mempunyai dokumen perniagaan yang sah di sisi undang-undang iaitu :
    1. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
    2. Lesen Perniagaan berkaitan
       
  6. Usahawan hanya boleh menjual produk HALAL dan tidak menjual barangan yang menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia.
  7.  Usahawan bersetuju mengubahsuai premis sedia ada berdasarkan pelan dan susun atur peragaan barangan jualan mengikut konsep Agrobazaar.
  8. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Agrobazaar yang disediakan dan mengemukakan ke Pejabat FAMA yang berhampiran.
     

INSENTIF
Bantuan Insentif yang ditawarkan di bawah projek Agrobazaar adalah seperti berikut :-

  1. Naik taraf ruang jualan produk segar
  2. Pemasangan papan tanda Agrobazaar yang seragam
  3. Mengecat semula premis di bahagian luar dan dalam premis perniagaan
  4. Pembekalan peralatan rak-rak peragaan barangan
  5. Kemudahan ruang bagi menjalankan perniagaan dibawah seliaan pihak FAMA
  6. Kursus Keusahawanan Agrobazaar seperti kursus Asas Perniagaan, Kejurujualan, Kewangan, Peragaan, Pengurusan stor dan lain-lain yang berkaitan

REKABENTUK PAPAN TANDA 
Perancangan rekabentuk signage, signboard, billboard, pylon, pillar / bahan promosi / penetapan imej. Penyediaan rekabentuk signage, signboard dan bahan-bahan promosi perlu dibuat sebelum operasi Agrobazaar bagi perkara seperti berikut;-

  1. Papantanda perniagaan / signboard
    • Papantanda perniagaan pada setiap premis 
    • Ukuran papan tanda 10’ x 2’ atau mengikut kesesuaian premis
    • Berlampu / spotlight (mengikut kesesuaian)
       
  2. Menu board/ papan tanda harga
    • Menyenaraikan kesemua menu yang dijual dan harga jualan dengan jelas
    • Ukuran: mengikut kesesuaian premis
    • Kedudukan peletakan : tempat yang mudah dibaca atau dilihat oleh pelanggan
       
  3. Signage / tunjuk arah
    • Lokasi pemasangan :  1km dan 500m dari lokasi Agrobazaar untuk kedua-dua hala
    • Ukuran : Mengikut saiz yang disyorkan oleh pihak PBT /JKR/LLM. Sila rujuk peraturan pemasangan pihak berkuasa tempatan
       
  4. Billboard 
    • Pemasangan mengikut kesesuaian dan mudah dilihat oleh pengguna
    • Ukuran : Mengikut saiz yang disyorkan oleh pihak PBT /JKR/LLM. Sila rujuk peraturan pemasangan pihak berkuasa tempatan.
       
  5. Lain-lain bahan promosi (Bunting, banner, flagline)
    • Pemasangan mengikut kesesuaian dan mudah dilihat oleh pengguna
    • Ukuran : Bunting ( 2’ X 5’), Banner (3’ X 15’), Flagline (1’ x 1’) atau mengikut kesesuaian

Pages: 1  2  3