Agrobazaar K-SHOPPE
Agrobazaar K-Shoppe
PENGENALAN
Agrobazaar K-Shoppe merupakan outlet yang dimiliki oleh usahawan yang dinaiktaraf menjadi outlet di bawah bimbingan FAMA serta memfokuskan aktiviti permborongan dan peruncitan produk proses keluaran industri asas tani.
OBJEKTIF
- Sebagai satu saluran alternatif untuk pengguna mendapatkan produk IKS.
- Sebagai satu platform kepada usahawan untuk bersaing di peringkat yang lebih terbuka.
- Membantu usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan konsep yang lebih teratur dan terurus.
- Sebagai outlet jualan tetap produk berjenama AgroMas dan lain-lain.
FAEDAH YANG DITERIMA
- Penyeragaman imej outlet peruncitan menerusi penyeragaman papan tanda, warna dalaman dan peralatan peragaan di dalam kedai.
- Memperoleh pinjaman peralatan pemasaran bagi membantu mempelbagaikan aktiviti pemasaran di outlet.
- Bantuan promosi dari semasa ke semasa termasuk penyediaan bahan promosi seperti bunting dan flyers.
- Khidmat nasihat pemasaran dan pengeluaran.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA, mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM serta mempunyai lesen perniagaan yang terkini daripada pihak PBT.
- Lokasi yang dipilih mestilah strategik, menjadi tumpuan orang ramai, mudah untuk dikunjungi dan mempunyai kemudahan tempak letak kenderaan.
- Ruang perniagaan dijadikan tempat pengumpulan dan pengedaran produk asas tani, keluaran tempatan dan HALAL.
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
- Pemberian perkhidmatan tertakluk kepada usahawan yang telah beroperasi lebih 6 bulan dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FAMA dari semasa ke semasa.
CARA PERMOHONAN
Pemohon boleh mengisi borang Perkhidmatan IMAT yang diperolehi daripada Bahagian Industri Makanan & Asas Tani (IMAT) Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.
Muat turun borang permohonan disini.