Visi,Misi dan Objektif
Peneraju utama pemasaran Agromakanan negara.
Misi
Membangun rantaian pemasaran Agromakanan yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.
Objektif
• Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan.
• Pembangunan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan.
• Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara.
• Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.
• Menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan / agensi kerajaan.
• Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia.
• Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan /agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan.
• Membangun dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian
• Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian terutama di dalam aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.