Usahawan Pemasar

Pengenalan 
FAMA telah pun melibatkan diri dalam pemasaran produk makanan berjenama AgroMas dan OleMas serta produk PKS yang berpotensi. Pada masa kini, produk-produk tersebut telah berjaya dipasarkan di pasaran tempatan dan luar negara.

Tujuan

  1. Memperluaskan segmen dan saiz pasaran produk.
  2. Memberi peluang kepada usahawan pengedar untuk menambah bilangan produk edaran.
  3. Meningkatkan kemahiran usahawan pengedar.
  4. Mewujudkan usahawan pengedaran bimbingan FAMA.
Skim Cadangan Bantuan Tahap
Bronze RM 10,000
Rak Jualan
Kanopi
Promosi
PERINGKAT DAERAH ATAU NEGERI
Silver RM 30,000 PERINGKAT NEGERI / WILAYAH
Gold RM 50,000 NEGERI / WILAYAH DAN NASIONAL
Platinum RM 100,000 NASIONAL / ANTARABANGSA
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:
  1. Latihan dan bimbingan
  2. Penyeliaan seorang pegawai khas FAMA.
  3. Kemudahan-kemudahan lain yang bersesuaian.
  4. Membantu mempromosikan produk.
  5. Menggunakan kemudahan depoh FAMA.

Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan
  1. Usahawan mesti berdaftar dengan FAMA.
  2. Mempunyai syarat yang berdaftar sekurang-kurangnya syarikat 'Sdn. Bhd'.
  3. Berkemampuan dari segi modal dan kemudahan logistik.
  4. Mempunyai tenaga kerja yang cekap dan mencukupi.
  5. Bersedia menerima cadangan dari FAMA untuk meningkatkan prestasi.
  6. Mengisi borang permohonan pengedar.

Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui Cawangan Edaran, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Lampiran : BORANG IAT 01-14 - Versi Ringkas 2014