BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Keperluan Information Communication Technology (ICT) di FAMA dibekal dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan dan perkhidmatan ICT dalam urusan perkhidmatan FAMA ke arah pembudayaan ICT bagi mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan FAMA.

Bahagian ini bertanggungjawab merancang, membangun dan menyediakan prasarana ICT terkini selaras dengan peranan jangka panjang Jabatan di dalam proses pembangunan negara secara bersepadu dan berkesan bagi menyokong strategi dan program FAMA seperti yang digariskan oleh MAMPU. Dasar Keselamatan ICT FAMA turut digubal bagi memastikan keselamatan maklumat organisasi dipantau dan akses ke atas keselamatan ICT sentiasa dikawal dengan ketat.

Bahagian ini turut membangun, mengawal dan menyelia infrastruktur rangkaian di samping menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi serta applikasi lain seperti email, laman web dan lain-lain. Selain itu, bahagian ini juga turut membangunkan aplikasi bagi menyokong keperluan semasa dalam melancarkan sistem penyampaian maklumat kepada golongan sasar.