REGULATORI


Bahagian ini berperanan untuk mengawalselia aktiviti pemasaran pertanian di bawah bidang kuasa FAMA dan meningkatkan penggunaan dan pasaran hasil pertanian tempatan dan import yang berkualiti melalui pematuhan kepada Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian 2008 ataupun lebih dikenali sebagai Peraturan GPL. Bagi menjalankan fungsi-fungsi Bahagian agar lebih fokus dan berkesan, Bahagian ini telah dibahagikan kepada 3 Cawangan iaitu Cawangan Kualiti dan Standard, Cawangan Kawalan dan Cawangan Penguatkuasa.