Pusat Pemasaran Produk

Pengenalan 
Pusat Pemasaran Produk adalah premis FAMA yang dilengkapi dengan kemudahan pemprosesan makanan, peralatan pembungkusan dan pelabelan yang boleh digunakan oleh usahawan PKS untuk mengeluarkan produk.

Tujuan
Membantu usahawan yang tiada kilang untuk mengeluarkan produk makanan dibawah jenama usahawan.
Menjamin produk yang dikeluarkan oleh usahawan adalah berkualiti, mematuhi perundangan makan dan memenuhi kehendak pasaran.
Usahawan dapat mengeluarkan produk tanpa pelaburan, khususnya bagi pembelian mesin dan lain-lain peralatan.
Meningkatkan kapasiti pengeluaran produk usahawan untuk memenuhi permintaan.

Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Pemasaran Produk adalah secara Sewaan Sepenuh Masa atau Sewaan Had Masa Tertentu.
Lokasi Pusat Pemasaran Produk.

# Nama dan Alamat No Tel / Fax
1 PMMF Rengit, KM 36, Sg Kluang, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.
Nama Pengurus : En. Mohd. Aris Musa
Tel : 07 – 4241240
Fax : 07– 4241230
2 PMMF Kuala Selangor, KM 8, Sg Terap, 45500 Tg Karang, Selangor.
Nama Pengurus : En. Wan Hashim Wan Ismail
Tel : 03 – 32698496
Fax : 03– 32698595
3 PMMF Bachok, Batu 18, Kg tangok, 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan.
Nama Pengurus : En. Faizal Hussin
Tel : 09 – 7788285
Fax : 09 – 7788195
4 Kilang Kopi Banting, Jalan Pulai, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.
Nama Pengurus : En. Abdul Moeen Abdul Wahid
Tel : 03 – 31877166
Fax : 03 – 31873914
5 Kilang Kuala Nerang, Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
Pegawai FAMA Daerah : En. Azmi Ishak
Tel : 04 – 7869878
Fax : 04 – 7869842
6 Kilang Lahad Datu, Km 6, Jalan Tengah Nipah, Peti Surat 61287, 91121 Lahad Datu, Sabah.
Nama Pengurus : En. Jefri Artha
Tel : 089 – 881945
Fax : 089 – 880945

Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan

  1. Semua usahawan PKS Asas Tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang mempunyai produk berpotensi untuk dipasarkan tetapi tidak memiliki kemudahan pengeluaran yang bersesuaian.
  2. Berdaftar dengan FAMA
  3. Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  4. Produk-produk yang dikeluarkan mestilah halal.
  5. Menandatangani perjanjian sewaan dan menjelaskan bayaran yang berkaitan seperti yang termaktub dalam perjanjian.


Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau mana-mana Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Lampiran : BORANG IAT 01-14 - Versi Ringkas 2014